Sama-Sama Kita Pikul, Teroka Kaedah Baharu Perkasakan UMNO – Khaled

PASIR GUDANG, 28 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata parti itu harus meneroka cara dan jalan baharu dalam usaha untuk terus mendampingi sekaligus membantu menyelesaikan permasalahan rakyat. Justeru katanya yang juga Ketua UMNO Pasir Gudang, semua pihak perlu memainkan peranan tersendiri dan bukan hanya terletak kepada pimpinan semata-mata dalam usaha merealisasikan perkara tersebut sekaligus menjadikan […]

» Read more

UMNO Kembali Teguh… Politik Pembangunan, Perkhidmatan Perlu Diteruskan – Ahmad Zahid

MERSING, 27 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan para pemimpin dan akar umbi untuk meneruskan politik pembangunan serta perkhidmatan dalam usaha meneguhkan kembali kedudukan UMNO/Barisan Nasional (BN). Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, para pendukung parti perlu bermuhasabah mengenai segala kekurangan dan berusaha untuk memperbaikinya. “Cuba kita lihat pada tahun 2018 apabila Perdana Menteri […]

» Read more

‘Hebat Lagi Pemimpin UMNO/BN, Dibanding Ahli Parlimen PN’

LIPIS, 27 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berpandangan UMNO Kelantan berupaya untuk melakukan perubahan dengan merampas kembali negeri itu daripada Pas. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian merangkap Ahli Parlimen Lipis berkata, ini dapat dilihat apabila ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) daripada negeri itu tidak kompeten dalam membawa suara rakyat di Dewan […]

» Read more

Ahmad Zahid Ucap Takziah Pemergian Siti Zaharah Sulaiman

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman yang meninggal dunia malam tadi. Menerusi catatan Facebook beliau hari ini, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut mendoakan semoga keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan […]

» Read more

Raih Semula Sokongan: Pemimpin, Akar Umbi Perlu Bijak Memainkan Peranan

JOHOR BAHRU, 27 Julai – Para pemimpin dan akar umbi perlu memainkan peranan serta menjalankan tugas dengan bijak untuk mendapatkan semula sokongan rakyat kepada UMNO/Barisan Nasional (BN). Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, beliau telah dibantu oleh seluruh kepimpinan bahagian tersebut untuk menjayakan agenda parti terutamanya dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat. “Saya nak beritahu bahawa saya dibantu […]

» Read more

Ahmad Zahid Yakin Dengan Penyatuan, Johor Terus Kekal Di Bawah UMNO/BN

JOHOR BAHRU, 27 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin bahawa dengan penyatuan di kalangan ahli dan akar umbi parti akan membolehkan Johor terus berada di bawah kepimpinan UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Johor akan terus menjadi ‘fixed deposit’ UMNO/BN apatah lagi apabila negeri […]

» Read more

Ancaman, Senario PRU Akan Datang Berbeza… Manfaatkan Kebijaksanaan Melebihi Emosi

PENGERANG, 26 Julai – Ketua UMNO Bahagian Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said melihat ancaman pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jauh berbeza dengan PRU-PRU sebelum ini. Malah beliau turut berpandangan PRU akan datang cukup berbeza dengan apa yang dilalui sebelum ini dan sewajarnya ahli parti termasuklah kepimpinan pelbagai peringkat dapat menyelaminya secara mendalam. “Saya selalu melihat bahawa kadang-kadang […]

» Read more

Fakta Sebenar BN-PH… Segala Tohmahan Termasuk ‘Umdap’ Tidak Berfakta – Ahmad Maslan

PENGERANG, 26 JULAI – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata segala tohmahan pihak lawan keberadaan UMNO di dalam Kerajaan Perpaduan hari ini termasuklah tohmahan ‘umdap’ dan sebagainya bukan sahaja tidak berfakta malah amat jauh sama sekali hakikat sebenar. Tegas beliau senario hari ini adalah kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) serta parti-parti lain […]

» Read more

PRK Nenggiri: Pemuda UMNO Komited Laksana Gerak Kerja Raih Kemenangan BN

GUA MUSANG, 26 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO siap siaga melaksanakan gerak kerja secara holistik bagi memastikan UMNO/Barisan Nasional (BN) beroleh kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri. Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan yakin dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh jentera Pemuda BN malah percaya akan dapat mengembalikan kawasan DUN Nenggiri kepada BN. […]

» Read more

Musuh Dalaman Parti Ibarat Virus Dan Kanser, Berpolitik Untuk Menang Pilihan Raya

BALIK PULAU, 26 Julai – Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah berkata UMNO perlu mengambil tindakan tegas kepada ahli yang terbukti menjadi musuh dalaman dan bersubahat dengan pihak lawan terutama ketika musim pilihan raya. Tegasnya, objektif berparti adalah untuk menang pilihan raya dan membiarkan mereka berada dalam parti boleh diibaratkan seperti virus dan kanser kepada […]

» Read more
1 357 358 359 360 361 2,040