UMNO Teguh Pejuang Agama, Isu Halal Bukti Nyata

SEJAK kebelakangan ini, pelbagai insiden berlaku yang menyaksikan batang tubuh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Akmal Saleh diserang hanya kerana beliau begitu lantang bersuara, menegur kepada sesuatu yang dilihat tidak tepat. Jika kita lihat dari sudut sejarah, sejak Ketua Pemuda UMNO yang pertama iaitu Tun Hussein Dato’ Onn, mereka yang menjawat jawatan ini sememangnya lantang dalam bersuara. Walaupun ketua […]

» Read more

Kerjasama Jentera Main Peranan Kekalkan Kemenangan BN Di PRK Mahkota

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Rozabil Abd Rahman menyifatkan kerjasama berpasukan jentera UMNO memainkan peranan penting bagi mengekalkan kemenangan UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. Beliau berkata ia di tambah apabila Johor sebagai merupakan kubu kuat UMNO yang sudah pastinya memberi kelebihan pada PRK kali ini. “Johor […]

» Read more

Lawatan Kerja: Mohamad Ke Turkmenistan, Pertingkat Hubungan Pelbagai Bidang

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan telah ke Turkmenistan untuk lawatan kerja rasmi bagi mempertingkat hubungan kedua-dua negara dalam pelbagai bidang pada Isnin. Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa hubungan perdagangan, pelaburan, pendidikan, pelancongan, pertanian, produk halal dan kerjasama teknikal menjadi fokus utama untuk lawatan kerja rasmi […]

» Read more

Isu Halal: Tanggungjawab Pihak Restoran ‘Target Market’ Orang Islam

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Nur Ellena Mohamed Razif berpandangan bahawa persijilan halal merupakan tanggungjawab pihak restoran yang menyasarkan pelanggan di kalangan orang Islam. Tegasnya, pihak lain tidak perlu mencampuri urusan tersebut dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mampu mengguris hati majoriti umat Islam di negara ini. “Pihak lain tidak perlu mencampuri urusan proses persijilan halal bagi […]

» Read more

Azalina Santuni Komuniti, Tonton Filem Takluk: Lahad Datu

KLUANG, 11 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berbesar hati menyantuni wakil komuniti Kluang dan Pengerang sempena bulan kemerdekaan negara yang masih disambut ketika ini. Kesempatan tersebut dimanfaatkan sebaiknya dengan meluangkan masa untuk menonton filem Takluk: Lahad Datu di Kluang Mall, petang semalam. Filem yang mula ditayangkan sejak 22 Ogos diinspirasikan daripada insiden sebenar yang […]

» Read more

Malaysia Bakal Raih Potensi Pelaburan Industri Halal Bernilai RM4 Bilion Dari China – Ahmad Zahid

SHANGHAI, 11 Sept – Malaysia bakal meraih manfaat potensi pelaburan baharu dari China dalam industri halal bernilai kira-kira RM4 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata potensi pelaburan besar itu dicapai hasil pertemuan serta mesyuarat delegasi Malaysia bersama pemain industri halal dari China sempena Forum Perniagaan Halal Malaysia-China di sini, semalam. Ahmad Zahid berkata pelaburan […]

» Read more

Bapa Syed Hussien Meninggal Dunia, UMNO Rakam Takziah

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan dan ahli-ahli UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah yang telah kehilangan bapanya, malam ini. Dilaporkan Allahyarham Syed Abdullah Syed Hamid, 67, meninggal dunia selepas menerima rawatan di sebuah […]

» Read more

PRK Mahkota: UMNO Tidak Ketandusan Pemimpin, Syed Hussien Sambung Legasi – Saiful Fariddil

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perlis menzahirkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas kepercayaan sekali lagi diberikan kepada calon daripada Pemuda UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, susulan PRK DUN Nenggiri. Ketuanya, Saiful Fariddil Jasmi berkata keputusan memilih Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien […]

» Read more

Puteri UMNO Sokong Penuh Malaysia Jadi Hub Halal Terbesar Asia – Nurul Amal

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Pergerakan Puteri UMNO menyokong penuh untuk Malaysia menjadi hub halal terbesar bagi seluruh asia. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, kenyataan segelintir pihak mengenai isu halal ini mampu menggugat keharmonian dan perpaduan dalam negara sekiranya tidak ditangani dengan baik. “Kenyataan segelintir pihak mengenai isu halal ini bakal menggugat keharmonian dan […]

» Read more

Van ‘Justice On Wheels’ Sampaikan Sistem Keadilan Untuk Pelbagai Lapisan Rakyat

KLUANG, 10 Sept – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini berbesar hati merasmikan van ‘Justice On Wheels’ sebagai usaha kerajaan menyampaikan akses sistem keadilan untuk segenap lapisan rakyat. Beliau berkata van tersebut akan berada di kawasan-kawasan awam yang mudah diakses oleh orang ramai bagi memberi ruang kepada mereka untuk mendapatkan […]

» Read more
1 299 300 301 302 303 2,038