Pemuda UMNO Tegas Pertahan Kuasa Raja, Kecam Pihak Persoal Titah Adendum

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan menegaskan bahawa Pemuda UMNO tidak akan berdiam diri sekiranya kuasa Raja diperlekehkan oleh mana-mana pihak. Menurutnya, Pemuda UMNO tidak akan berkompromi apabila asas Perlembagaan negara cuba diganggu dan tidak akan tunduk terhadap sebarang cubaan mencabar tonggak negara secara terbuka. “Kami berdiri di barisan hadapan untuk mempertahankan […]

» Read more

Akta JAC Akan Diperkemas – Azalina

PUTRAJAYA, 16 Julai – Kerajaan sedang meneliti semula Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 susulan kekeliruan yang timbul berhubung proses pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata satu jawatankuasa khas akan dibentuk, melibatkan Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara, pakar perlembagaan, peguam serta ahli akademik bagi […]

» Read more

Ahmad Zahid Teruskan Lawatan Kerja Di Wellington, Perkukuh Hubungan Malaysia-NZ

WELLINGTON, 16 Julai – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meneruskan hari ketiga lawatan kerja rasmi ke New Zealand dengan siri pertemuan bersama beberapa pemimpin kanan negara itu di ibu negara di sini, dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia- New Zealand. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, memulakan jadual padatnya seawal […]

» Read more

Bangkit Daripada Kekalahan, UMNO Perlu Jadi Arkitek Komunikasi Rakyat

PENDANG, 15 Julai – UMNO Bahagian Pendang perlu bangkit dengan semangat baharu daripada kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu melalui strategi-strategi yang digariskan, ujar Ketuanya Datuk Suraya Yaacob. Kata Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia itu, kesatuan dan kestabilan dalaman serta keunggulan tadbir urus sama ada di peringkat bahagian mahupun cawangan antara elemen yang sangat penting. […]

» Read more

Bekerja Untuk Menang… UMNO Bahagian Tumpat Hasrat Tambah Cawangan Pemuda, Puteri

TUMPAT, 15 Julai – UMNO Bahagian Tumpat berhasrat untuk menambah dan memperkasa cawangan Pergerakan Pemuda serta Puteri sebagai salah satu usaha bagi mendapatkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, kini bahagian tersebut mempunyai hanya 207 cawangan dan ia dilihat agak sukar untuk menyantuni lebih 170,000 pengundi. “UMNO Bahagian Tumpat ada 207 […]

» Read more

Langkah Berlandaskan Perlembagaan Persekutuan Tangani Isu Salah Laku Hakim – Azalina

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan mekanisme yang jelas untuk menangani salah laku hakim. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata ia melalui Perkara 125(3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan tribunal khas bagi […]

» Read more

UMNO Perlu Bangkit Dan Mara Demi Rakyat – Reezal Merican

KLANG, 15 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyeru agar seluruh jentera parti terus memperkukuh saf perjuangan dalam menghadapi cabaran politik semasa yang semakin mencabar. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Penutupan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Klang Tahun 2025 yang berlangsung dalam suasana penuh semangat baru-baru ini. “Saya yakin […]

» Read more

Titah Adendum Disahkan, Laksana Keadilan Untuk Najib – Arman Azha

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Arman Azha Abu Hanifah menyifatkan kelewatan pelaksanaan Titah Adendum oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai satu kegagalan sistem untuk menzahirkan keadilan sebenar. Ini kerana katanya, setelah dua mahkamah iaitu di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mengakui kewujudan titah tersebut, seharusnya tiada lagi ruang untuk mempertikaikannya. “Tolong laksanakan keadilan dengan seadil-adilnya […]

» Read more

Ahmad Zahid Cadang Tubuh Majlis Perniagaan, TVET Khas Perkasa Orang Asli

ROTORUA (New Zealand), 15 Julai – Sebuah Majlis Perniagaan Orang Asli dan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khas dicadangkan untuk ditubuhkan bagi memperkasakan ekonomi komuniti itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata inisiatif berkenaan adalah sebahagian daripada lima cadangan utama diilhamkan hasil pencapaian komuniti Maori di New Zealand yang dilihat berjaya […]

» Read more

Pemuda UMNO Pokok Sena Gesa Jangan Lengahkan Pelaksanaan Titah Adendum

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Mohd Farhan Ahmad menggesa agar pelaksanaan Titah Adendum oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang memperkenankan tahanan rumah ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dilaksanakan segera, selaras dengan prinsip keadilan dan penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan. Menurut beliau, pelaksanaan titah tersebut adalah penting bagi menjunjung […]

» Read more
1 25 26 27 28 29 2,078