Azalina, TPM Kemboja Bincang Kerjasama Undang-Undang Dua Hala

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja hari ini. Azalina berkata pada pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Keadilan Kemboja Koeut Rith, beliau turut menegaskan semula komitmen Malaysia untuk memperkasakan timbang tara […]

» Read more

TPM Ucap Selamat Menyambut Thaipusam

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada semua penganut Hindu yang akan meraikannya esok. Menerusi catatan di Facebook, Ahmad Zahid berkata Malaysia kaya dengan kepelbagaian, dengan masyarakat berbilang kaum dan agama hidup dalam semangat keharmonian serta saling menghormati dan menerima perbezaan […]

» Read more

Ahmad Zahid Yakin KEMAS Akan Terus Pacu Perubahan Dalam Negara

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin bahawa KEMAS akan terus memainkan peranan penting dalam memperkasa pembangunan masyarakat, khususnya di kawasan desa, menerusi pelbagai program strategik dan inklusif. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, ia bukan sahaja memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak tetapi juga berperanan sebagai pemacu […]

» Read more

Sumbangan Bantuan Banjir Skuad Sayang Hingga ke Sabah

SEPANGGAR, 10 Feb – Wanita UMNO Malaysia melalui Kelab Skuad Sayang 3K telah menyampaikan sumbangan bantuan banjir kepada bahagian-bahagian yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini. Sumbangan yang disampaikan merangkumi wang tunai hasil kutipan daripada orang ramai di seluruh negara serta selimut toto yang disumbangkan oleh Pengerusi Sekretariat Tugas-Tugas Khas, Datuk Waheeda Faruz. Majlis penyampaian bantuan ini turut dihadiri oleh […]

» Read more

Dasar MADANI, Hubungan Antarabangsa Fokus Perbincangan Bersama Pemimpin Muda Global – Zambry

PUTRAJAYA, 10 Feb – Dasar kerajaan MADANI, Kepengerusian ASEAN, dasar luar dan dasar pendidikan Malaysia merupakan antara perkara yang dibincangkan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersama peserta program Atlantic Council Millennium Leadership: Malaysia Study Tour 2025. Majlis yang berlangsung kira-kira satu jam di Kompleks Seri Perdana di sini itu, disertai 27 peserta yang terdiri daripada golongan […]

» Read more

Noraini Harap Retreat PRN ke-17 Jadi Dorongan Wanita UMNO Sabah Menangkan Parti

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berharap agar Retreat Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Wanita UMNO Negeri Sabah akan menjadi dorongan untuk mereka terus bekerja memenangkan parti. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Noraini memaklumkan beliau telah hadir ke Majlis Perasmian Penutup Retreat PRN-17 Wanita UMNO Negeri Sabah pada Ahad. “Menghadiri Majlis Perasmian […]

» Read more

Wanita UMNO Tunjang Kekuatan Parti, Tak Kenal Erti Lelah Berjuang Agenda Rakyat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan Wanita UMNO sebagai kekuatan parti dalam membawa perjuangan untuk mendukung agenda rakyat dan negara. Beliau berkata sebagai tulang belakang parti, Wanita UMNO telah melaksanakan pelbagai gerak kerja dalam memastikan parti keramat ini terus mendapat tempat di hati rakyat. “Dari Lipis, Pahang saya meneruskan permusafiran ke Negeri […]

» Read more

Peluncuran Akademi Jaya Bersama: Latihan, Pengkaderan Perlu Dilakukan Secara Konsisten – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan bahawa latihan dan pengkaderan generasi pelapis UMNO perlulah dilakukan secara konsisten. Beliau yang juga Pengerusi Majlis Perkaderan dan Latihan UMNO Malaysia menerusi satu kenyataan, merakamkan ucapan tahniah kepada UMNO Bahagian Johor Bahru di atas kejayaan peluncuran Akademi Jaya Bersama iaitu sekolah politik UMNO bahagian tersebut. […]

» Read more

Bung Moktar Turun Padang Tinjau Kawasan Banjir, Sampaikan Bantuan Kepada Mangsa

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin turun padang melihat sendiri situasi banjir terkini yang melanda beberapa kawasan di Kinabatangan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata kunjungannya itu bagi mengetahui secara terperinci bencana banjir tersebut untuk menyampaikan bantuan secara khusus bagi memudahkan usaha pengurusan bencana. “Alhamdulillah saya telah mengadakan lawatan ke Pusat Kawalan […]

» Read more

Projek Pembinaan MAWILLA 4 Di Peringkat Akhir Kenal Pasti Tapak, Kesesuaian – Mohamed Khaled

KOTA TINGGI, 10 Feb – Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini dalam peringkat akhir bagi mengenal pasti kesesuaian dan tapak pembinaan Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bintulu, Sarawak. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengulas perkembangan berhubung pembinaan markas itu berkata ia adalah sebuah projek yang penting, dan beliau telah mengarahkan supaya pelaksanaannya […]

» Read more
1 158 159 160 161 162 2,038