Siapa Yang Mula-Mula ‘Mensucikan’ Dap Kalau Bukan Pas? – Syed Mohd Johan

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Negeri Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri menegaskan bahawa Pas adalah parti yang mula-mula ‘mensucikan’ Dap ketika membentuk kerjasama untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1999 dahulu. Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar berkata, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa kemenangan […]

» Read more

Projek Jelapang Padi Kota Belud Gagal: Perlunya Urus Tadbir Bijak – Sufian

KOTA BELUD, 19 Mei – Ketua Pemuda UMNO Sabah, Sufian Abdul Karim menyifatkan kegagalan Projek Jelapang Padi Kota Belud sebagai simbol jelas kelemahan urus tadbir dan mendesak pembaharuan menyeluruh dalam pendekatan dasar sekuriti makanan Sabah. Menurut beliau, projek yang dilancarkan lebih sedekad lalu dengan harapan besar untuk menjadikan Kota Belud sebagai pusat pengeluaran utama beras negeri, kini terbukti gagal mencapai […]

» Read more

Tanah Runtuh Di Gua Musang: Laluan Utama Kini Boleh Dilalui – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Laluan utama ke Pos Simpor dan Pos Gob, Gua Musang yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh pada Sabtu, kini boleh dilalui semula oleh semua jenis kenderaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, laluan utama ke 26 buah kampung Orang Asli itu, telah dibersihkan dan kerja-kerja pembaikan awal sedang giat […]

» Read more

Persidangan UMNO: Anggota Parti Tunjang Kekuatan, Teruslah Komited Berkhidmat – Mohd Zaidy

JEMPOL, 19 Mei – “UMNO bukan sekadar parti politik, ia adalah gerakan khidmat untuk rakyat dan rakyatlah tunjang sebenar kekuatannya.” Demikian ditegaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir yang mengharapkan agar persidangan UMNO peringkat Cawangan yang sedang berlangsung sekarang ini menjadi penguat kepada anggotanya secara holistik. Ujarnya, perjuangan parti tidak boleh luntur walau […]

» Read more

Penyalahgunaan Dadah Pada Tahap Membimbangkan – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 19 Mei – Isu penyalahgunaan dadah kini berada pada tahap yang amat membimbangkan dan menjadi ancaman besar kepada keselamatan awam, kestabilan ekonomi dan struktur sosial negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, berdasarkan data terkini terdapat 192,857 penyalahgunaan dan penagih dadah di Malaysia, dan 61 peratus daripadanya berusia antara 15 hingga 39 tahun […]

» Read more

Ketekunan, Iltizam Teruskan Perjuangan Kembalikan Kegemilangan UMNO Di Kepala Batas

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Bersempena Persidangan Tahunan UMNO Cawangan yang berlangsung ketika ini, Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengajak akar umbi parti untuk memperteguh azam meneruskan perjuangan parti keramat ini. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata ia penting bagi mengembalikan kegemilangan parti keramat ini khususnya di Kepala Batas. “Insya-Allah, kita […]

» Read more

Ulang Tahun ke-79: UMNO Akan Terus Relevan, Berpegang Kepada Prinsip – Mu’izz

KUALA LUMPUR, 19 Mei – UMNO akan terus relevan selagi berpegang kepada prinsip untuk terus memperjuangkan agama, bangsa dan negara, kata Ketua Penerangan UMNO Bahagian Segambut, Mu’izz Nasruddin. Ujarnya, 79 tahun merupakan lambang kekuatan dan keteguhan perjuangan UMNO yang telah melalui pelbagai cabaran demi mempertahan agama, bangsa dan tanah air. “Selamat menyambut ulang tahun UMNO yang ke-79! 79 tahun bukan […]

» Read more

Melaka Sasar Lonjakan Industri Penerbangan Menerusi Kerjasama Strategik Di LIMA’25

LANGKAWI, 19 Mei – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama delegasi Kerajaan Negeri Melaka hari ini selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi bagi menghadiri Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang berlangsung sepanjang minggu ini. Menurut beliau, kehadiran delegasi negeri bukan sahaja untuk menyaksikan pameran bertaraf antarabangsa itu, malah turut melibatkan penyertaan dalam satu […]

» Read more

“Sabahan for Barisan”, Sokongan Rakyat Kembali Kukuh Bersama BN – Sharif Musa

KEMABONG, 19 Mei – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul, menyuarakan keyakinan bahawa UMNO/Barisan Nasional (BN) kini semakin mendapat tempat di hati rakyat Sabah susulan sambutan terhadap Program Gerak-17 UMNO yang disempurnakan oleh Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ujarnya, menerusi ucapannya Ahmad Zahid menegaskan bahawa kerjasama antara BN, Pakatan Harapan […]

» Read more

Manfaatkan Persidangan Cawangan Sebagai Landasan UMNO Bangkit Semula

PUTRAJAYA, 19 Mei – Persidangan UMNO Cawangan yang sedang berlangsung di seluruh negara ketika ini wajar dijadikan medan penting bagi ahli-ahli parti untuk kembali bangkit dan memperkukuh gerak kerja menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16). Demikian kata Senator Dewan Negara merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya. Menurut beliau, UMNO kini berada dalam fasa pemulihan yang memerlukan […]

» Read more
1 104 105 106 107 108 2,089