PRK Nenggiri: Suasana Kempen Mula Rancak Memasuki Fasa Kedua

GUA MUSANG, 11 Ogos – Suasana kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri sudah masuk fasa kedua dilihat makin rancak dengan pelbagai ragam dan jentera parti kedua-dua pihak yang bertanding melaksanakan pelbagai pendekatan mendekati pengundi. Bagi calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, tempoh kempen yang masih ada akan terus digunakan sebaiknya dan pada Jumaat […]

» Read more

Pengaktifan Mesin ATM Di DUN Nenggiri Disegerakan – MOF

GUA MUSANG, 10 Ogos – Pengaktifan perkhidmatan mesin juruwang automatik (ATM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, di sini, akan dipercepatkan untuk memenuhi keperluan penduduk setempat dan akan diperluas bagi memastikan semua rakyat dapat menerima kemudahan asas itu. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan pihak kementerian mengambil maklum laporan yang diterima mengenai kesukaran penduduk di DUN Nenggiri untuk mengakses mesin […]

» Read more

UMNO/BN Seru Pengundi Nenggiri Tolak Fitnah, Pilih Calon Berkredibiliti – Jailani Johari

GUA MUSANG, 10 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jailani Johari menyeru pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri agar menolak politik fitnah dimainkan oleh pihak pembangkang dan memilih calon yang benar-benar mampu memberi khidmat kepada rakyat. Ujarnya, UMNO/Barisan Nasional (BN) telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan calon mereka lebih awal daripada pihak pembangkang. Jelasnya, tindakan […]

» Read more

Ahmad Jazlan Tegaskan Dakwaan Pembangkang Jual Kilang Felcra Fitnah

GUA MUSANG, 10 Ogos – Pengarah Pilihan Raya, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub menegaskan dakwaan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang adalah satu fitnah yang keji dan amat besar terhadap beliau. Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi FELCRA berkata tidak pernah menjual kilang agensi berkenaan kepada mana-mana pihak termasuk bukan Bumiputera, sebagaimana yang didakwa. Tegasnya, tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang sengaja hendak […]

» Read more

Ahmad Zahid Persoal Dakwaan Islam Terancam

GUA MUSANG, 9 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dan dakwaan berterusan bahawa Islam terancam atau dipinggirkan di bawah Kerajaan Perpaduan tidak berasas. Beliau berkata, menerusi Belanjawan 2024, peruntukan dinaikkan kepada RM1.9 bilion berbanding RM1.4 bilion tahun lepas dalam usaha menjadikan Islam itu syumul dengan pelaksanaan program-program tertentu termasuk pelaksanaan […]

» Read more

Kempen BN Terus Terapkan Politik Berakhlak Di Nenggiri – Dr Asyraf Wajdi

GUA MUSANG, 9 Ogos – Barisan Nasional (BN) akan terus mengamalkan budaya politik sihat pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri 17 Ogos nanti termasuklah tidak merendahkan antara satu sama lain. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya percaya pengundi dan masyarakat setempat cukup bijak untuk membuat penilaian yang sebenar terhadap komitmen termasuklah […]

» Read more

PRK Nenggiri: Pembangkang Jangan Tabur Fitnah, Berikan Bukti Sahih Ikut Saluran Betul – Ahmad Zahid

GUA MUSANG, 9 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan komitmen untuk menyiasat dakwaan parti pembangkang yang kononnya UMNO/Barisan Nasional (BN) telah menggunakan aset kerajaan ketika kempen dalam  Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan, sekiranya terdapat bukti yang sahih pembangkang wajar mengemukakan laporan […]

» Read more

PRK Nenggiri: Azmawi Mampu Laksanakan Tugas Sekiranya Diberi Mandat

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin percaya bahawa calon UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri mampu melaksanakan tugas beliau selaku wakil rakyat sekiranya diberi mandat. Tegasnya, rakyat di kawasan tersebut perlu memilih wakil rakyat dari parti yang sudah semestinya mempunyai […]

» Read more

Jangan Sia-siakan Peluang Yang Ada… Gunakan Sebaiknya Pilih Awie – Puteri UMNO

GUA MUSANG, 9 Ogos – Puteri UMNO melihat peluang yang dinikmati oleh masyarakat khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan tidak harus disia-siakan. Sebaliknya menurut Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi yang merupakan Ketua Puteri UMNO Malaysia, ruang berkenaan adalah medan terbaik untuk pengundi Nenggiri menghantar seorang lagi wakil pembangkang di DUN Kelantan […]

» Read more

7,000 Hektar Tanah Kesedar Sudah Dipecah Lot, Dalam Proses Penukaran Nama – Ahmad Zahid

GUA MUSANG, 9 Ogos – Seluas 7,000 hektar tanah milik Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) sudah dipecahkan mengikut lot, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata Kesedar yang merupakan agensi di bawah kementerian berkenaan sedang dalam proses mengagih dan menukar hak milik lot tanah itu kepada 2,200 peneroka […]

» Read more
1 7 8 9 10 11 16