Syahbuddin Seru Pengundi Luar Pulang, Sokong Awie Di PRK Nenggiri

GUA MUSANG, 16 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, menggesa pengundi-pengundi luar Barisan Nasional (BN) untuk pulang dan menyokong penuh calon nombor dua, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, atau lebih dikenali sebagai Awie, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri. Syahbuddin yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang menegaskan betapa pentingnya seluruh pengundi DUN […]

» Read more

Mohamad Hasan Kesal Ada Lagi Kempen Guna Agama… Janganlah Sampai Begitu Sekali

GUA MUSANG, 16 Ogos – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang masih memainkan sentimen agama dalam usaha menarik sokongan masyarakat. Bagi beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO, langkah sebaiknya adalah berpolitik secara sihat dan masing-masing menawarkan apa yang akan dilakukan untuk masyarakat setempat. “Saya kesal… masih lagi ada pihak-pihak yang memainkan […]

» Read more

Ada Cahaya Kemenangan Di DUN Nenggiri, Teruskan Tekad Pilih BN – Ahmad Maslan

GUA MUSANG, 16 Ogos – Esok rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari mengundi.  Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, menzahirkan keyakinan penuh bahawa calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, berada di landasan kukuh untuk menawan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri. Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya itu, momentum […]

» Read more

PRK Nenggiri: Pilih Awie, Janji Dicepati… Bukan ‘Dicapati’ – Puad

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berharap rakyat di Nenggiri pada esok untuk memanfaatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan mengundi calon UMNO/Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul. Beliau percaya Mohd Azmawi yang lebih dikenali sebagai Awie seorang yang realistik dan akan menunaikan janji beliau kepada penduduk di kawasan ini. […]

» Read more

Tidak Pelik… Pihak Lawan Cuba Lari Isu Sebenar Di Nenggiri – Bung Moktar

GUA MUSANG, 16 Ogos – Tidak pelik dan bukan memeranjatkan apabila kempen pihak lawan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dilihat cuba mengalihkan perkara sebenar yang dihadapi oleh masyarakat setempat. Isu-isu yang tidak relevan sekadar dijadikan umpan untuk memastikan pengundi keliru sekaligus memberi kelebihan kepada mereka pada hari mengundi Sabtu ini. Bagi Ketua UMNO Sabah yang […]

» Read more

Undi BN, Kemenangan Nenggiri Bakal Jadi Batu Loncatan Kebangkitan UMNO – Nik Mohd Nadzri

GUA MUSANG, 16 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Keningau, Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi menyatakan harapan tinggi terhadap Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang akan berlangsung esok. Menurut beliau, kemenangan di DUN Nenggiri akan menjadi satu titik permulaan yang penting dalam mengukuhkan kedudukan parti. “Saya mengharapkan dengan kemenangan di DUN Nenggiri pada PRK ini sebagai hadiah […]

» Read more

Pastikan Masa Depan Nenggiri Cerah Dengan Pilih Calon Tepat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat untuk memilih calon yang tepat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri demi memastikan masa depan kawasan tersebut terjamin. Menerusi hantaran video di laman Facebooknya, beliau berkata UMNO/Barisan Nasional (BN) telah menawarkan calon yang komited, bersemangat dan ikhlas untuk memperjuangkan nasib […]

» Read more

Pilih BN… Awie Ada Pakej, Mampu Jadi ‘Yang Berkhidmat’

GUA MUSANG, 15 Ogos – Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Datuk Mohd Ridwan Mohd Ali melihat calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani bukan sahaja pemimpin muda malah diyakini mempunyai ‘pakej’ sebagai ‘Yang Berkhidmat’. Bagi beliau pilihan yang ada untuk pengundi Nenggiri adalah tepat iaitu memberikan undi kepada Mohd Azmawi atau lebih dikenali Awie pada Pilihan Raya Kecil […]

» Read more

Tengku Razaleigh Seru Penyatuan Melayu Di Gua Musang, Undi BN

GUA MUSANG, 16 Ogos – Pengarah Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyeru semua orang Melayu untuk bersatu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan (DUN) Nenggiri. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang menegaskan pentingnya penyatuan orang Melayu dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) untuk kemajuan bersama. “Kita turun padang […]

» Read more

PRK Nenggiri: Isu Nasional Yang Dibawa PN Tidak Akan Pengaruhi Pengundi – Ahmad Zahid

GUA MUSANG, 16 Ogos – Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri diyakini tidak akan mudah terpengaruh dengan isu nasional dibawa Perikatan Nasional (PN) ketika berkempen di kawasan itu. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jentera BN bekerja bersungguh-sungguh sepanjang tempoh kempen bagi menjelaskan isu-isu yang dibangkitkan, dan juga mencari jalan penyelesaian […]

» Read more
1 2 3 4 5 6 16