Kemenangan Bermakna PRK Ayer Kuning Bukti Keyakinan Rakyat, Terima Kasih – Dr Zambry

Tapah, 27 April – Barisan Nasional (BN) menzahirkan rasa syukur atas kemenangan calon mereka, Dr. Ustaz Mohamad Yusri Bakir, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning semalam. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir menyifatkan kemenangan itu sebagai satu amanah besar daripada rakyat, membuktikan keyakinan mereka terhadap komitmen BN untuk terus istiqamah dalam mengangkat […]

» Baca lanjut

PRK: Sayap Pemuda, Puteri Rakam Ucapan Terima Kasih Buat Para Pengundi

TAPAH, 27 April – Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia merakamkan ucapan terima kasih kepada para pengundi yang telah memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk mengemudi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, meskipun pelbagai sentimen telah ditabur, rakyat masih meletakkan kepercayaan kepada […]

» Baca lanjut

Ahmad Zahid Hargai Komitmen Jentera Pilihan Raya Ayer Kuning

BAGAN DATUK, 27 April – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam kejayaan kempen pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datuk, menzahirkan terima kasih kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, […]

» Baca lanjut

Kemenangan Ayer Kuning Signal Kepercayaan Rakyat Kepada UMNO/BN – SUA

TAPAH, 27 April – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan kemenangan manis Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sebagai signal besar kepercayaan rakyat terhadap prestasi UMNO dalam kerajaan. Beliau berkata ia juga membuktikan keyakinan rakyat terhadap kukuhnya kerjasama antara parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan. “Alhamdulillah, Barisan Nasional berjaya mengekalkan kemenangan […]

» Baca lanjut

PRK: Kemenangan BN Bukti Rakyat Mahukan Kerajaan Stabil – Azalina

TAPAH, 27 April – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sebagai pilihan rakyat yang mahukan sebuah kerajaan stabil. Beliau berkata ia juga memberi signal bahawa rakyat Malaysia menginginkan sebuah kerajaan berpencapaian tinggi. “Kejayaan besar Barisan Nasional (BN) merupakan cerminan kepercayaan rakyat kepada UMNO dan BN […]

» Baca lanjut

PRK: Dr Ustaz Yusri Zahir Terima Kasih, Tekad Laksana Manifesto

TAPAH, 26 April – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Ustaz Yusri Bakir menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pengundi yang telah memberikan mandat kepada beliau sebagai wakil rakyat. Ujarnya, beliau akan meneruskan usaha untuk mencapai apa yang telah dicitakan oleh penduduk di Ayer Kuning. “Pertamanya saya ingin mengucapkan […]

» Baca lanjut

PRK: Kemenangan BN Bukti Rakyat Tolak Politik Kebencian – Ahmad Zahid

TAPAH, 26 April – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menjadi bukti jelas bahawa rakyat menolak politik kebencian dan memilih kestabilan. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di laman Facebooknya menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang telah memberi mandat kepada BN untuk […]

» Baca lanjut

BN Pertahan Ayer Kuning, Dr Ustaz Yusri Menang Dengan Majoriti 5,006 Undi

TAPAH, 26 April – Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning apabila calonnya, Dr Mohamad Yusri Bakir menang dengan majoriti 5,006 undi dalam saingan tiga penjuru. Setiausaha UMNO Bahagian Tapah itu, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Yusri, meraih 11,065 undi untuk menewaskan Abd Muhaimin Malek daripada Perikatan Nasional yang memperoleh 6,059 undi dan calon Parti […]

» Baca lanjut

PRK Ayer Kuning: Keputusan Bukti Rakyat Kasihkan Masyarakat Harmoni

TAPAH, 26 April – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad menyifatkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sebagai signal kepada kehendak rakyat yang mahukan nilai keharmonian. Beliau yang juga Menteri Besar Perak berkata ia juga ia juga membuktikan penolakan kepada sikap pembangkang yang gemar melakukan fitnah demi kepentingan politik mereka. “Semua orang […]

» Baca lanjut

Tidak Rasmi: BN Berjaya Pertahan Kerusi DUN Ayer Kuning

TAPAH, 26 April – Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, berdasarkan keputusan tidak rasmi. Pada persaingan tiga penjuru dalam pilihan raya kecil berkenaan, calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir menang dengan majoriti 4,751 undi apabila memperoleh 10,354 undi selepas 63 daripada keseluruhan 67 peti undi siap dikira. Calon Perikatan Nasional Abd Muhaimin Malek meraih […]

» Baca lanjut
1 2 3 4 18