PRK Ayer Kuning: Abdul Mutalif Yakin Masyarakat India Sokong BN

TAPAH, 18 April – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim yakin bahawa masyarakat India di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya berkata, lebih 100 orang pengundi telah hadir ke Majlis Ramah Mesra Bersama […]

» Baca lanjut

Anak Muda Di Luar Ayer Kuning Diseru Pulang Mengundi – Mohamad

TAPAH, 18 April – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berharap pengundi muda yang berada di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning untuk pulang ke kampung halaman mereka bagi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini. Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata ini kerana melalui PRK mereka boleh memilih kerajaan yang stabil demi menjamin […]

» Baca lanjut

PRK Ayer Kuning: Parti Ini Bukan Sesuatu Yang Bersifat Agama – Dr Asyraf

TAPAH, 18 April – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa parti ini bukanlah sesuatu yang bersifatkan agama. Ini kerana katanya, parti politik adalah sebahagian daripada proses untuk memilih pemimpin dalam dunia hari ini menggunakan sistem demokrasi. “Saya lihat laporan-laporan yang kita terima dari bilik gerakan ialah suasana kempen amat tenang. Tidak ada masalah di kalangan penduduk […]

» Baca lanjut

Berada Dalam Kerajaan Suatu Rahmat, Ruang Perkukuh UMNO – Mohamad

TAPAH, 18 April – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan keberadaan UMNO/BN dalam Kerajaan Perpaduan sebagai suatu rahmat. Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata ini kerana meskipun BN hanya memperoleh 30 kerusi Parlimen namun masih diberi peluang bersama kerajaan berbanding parti lain yang memenangi lebih banyak kerusi. “Berada dalam kerajaan satu rahmat Allah untuk kita […]

» Baca lanjut

‘Pengarah PRK Import Dari Kedah, PN Perak Tiada Pemimpin Kredibel?’ – Sollehin

TAPAH, 17 April – Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie menempelak pembangkang, Perikatan Nasional (PN) Perak apabila melantik ketua pilihan raya parti itu yang ‘diimport’ dari Kedah. Katanya, ia sekaligus memperlihatkan tiada dalam kalangan kepimpinan PN mempunyai kredibiliti sehingga melantik pemimpin negeri lain mengemudi PRK ini. “Pengarah pilihan raya daripada PN sudahlah ‘diimport’ dari Kedah. Saya hendak […]

» Baca lanjut

Isu Poster PN: Mohd Sharkar Ingatkan Semua Pihak Berkempen Secara Sihat

TAPAH, 17 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin mengingatkan semua pihak untuk berkempen secara sihat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Ini kerana katanya, Perikatan Nasional (PN) telah menggunakan taktik lama dengan menyiarkan gambar penyokong UMNO sebagai poster untuk meraih undi. “Itu taktik lama. Apabila berkempen, kita kena […]

» Baca lanjut

BN Kenal Pasti Pengundi Putih, Santuni Atas Pagar – Mohamad

TAPAH, 17 April – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan gerak kerja sebaiknya dilakukan dalam mendekati seramai mungkin pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sempena Pilihan Raya Kecil (PRK). Beliau berkata jentera parti di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) telah digerakkan bagi menyantuni pengundi serta mengenal pasti kecenderungan mereka terhadap BN. “Setiap PDM telah […]

» Baca lanjut

Dr Ustaz Yusri Hargai Keringat, Kerja Keras Jentera Parti

TAPAH, 17 April – Calon Barisan Nasional (BN) Dr Ustaz Mohamad Yusri Bakir merakamkan penghargaan kepada kesemua jentera parti yang bertungkus-lumus pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) ini yang memasuki hari keenam. Beliau yang juga merupakan calon tempatan berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam Pendidikan Islam dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berkata, ia memberikan suntikan […]

» Baca lanjut

Rakyat Ayer Kuning Bijak Menilai, Sosok Dr Ustaz Yusri Cukup Kredibiliti

TAPAH, 17 April – Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berharap pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning bijak memilih pemimpin yang berkredibiliti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini. Menurut beliau ini kerana ia penting bagi memastikan pembangunan di kawasan dapat diteruskan dengan sebaiknya bagi memberi manfaat kepada rakyat setempat. […]

» Baca lanjut

Dr Ustaz Yusri Memahami Kehendak Rakyat Ayer Kuning, Perjuangan Parti – Dr Azhar

TAPAH, 17 April – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning Dr Ustaz Mohamad Yusri Bakir sebagai individu yang layak diketengahkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini. Beliau berkata ini kerana selain mempunyai pengalaman dalam selok-belok bahagian Tapah sebagai setiausaha, latar belakang pendidikannya juga membawa kelebihan tersendiri. “Hari […]

» Baca lanjut
1 9 10 11 12 13 18