UMNO Berpengalaman Bangunkan Negara, Tangani Politik Toksid Dan Fitnah – Zurina Abd Rahman

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Penyokong usul Ucapan Dasar Ketua Wanita UMNO Malaysia, Zurina Abd Rahman menegaskan bahawa UMNO perlu mengambil pengajaran dari sejarah panjang parti. Ini kerana katanya, pengalaman lebih 60 tahun memerintah dan membangunkan negara serta menstabilkan politik negara dengan dukungan pertumbuhan ekonomi yang mampan musnah akibat fitnah. “UMNO mempunyai pengalaman yang cukup panjang. Pernah menjadi pemerintah lebih […]

» Read more

Azalina Seru Ahli UMNO Manfaatkan Dan Kuasai Media Sosial

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Setiap ahli UMNO perlu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial sebagai medium berpolitik secara berkesan bagi meraih sokongan rakyat kepada parti. Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini terbukti dengan kejayaan UMNO sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan baru-baru ini. “Kalau kita tengok daripada pilihan raya negeri dulu […]

» Read more

‘UMNO Bukan Parti Politik Semata-mata… Pelopor Kemerdekaan Bawa Kemajuan Negara’

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Pengalaman dalam parti bermula di peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya mengemudi Puteri UMNO negeri memberikan kesedaran bahawa UMNO bukanlah sekadar sebuah parti politik semata-mata, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sembilan, Hazratul Ilani Misdar. Sebaliknya kata beliau, UMNO sebuah parti yang berteraskan nasionalisme bangsa mempelopori kemerdekaan dan kemudiannya membawa kemajuan serta kedaulatan negara sehingga apa […]

» Read more

Kita Perlu Lihat Dan Sedia Adaptasi Suasana Baharu – Wan Muhammad Zuhir

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Kisah budak sekolah yang diberikan surat amaran kerana gara-gara datang lambat ke sekolah dijadikan analogi oleh Exco Pemuda UMNO Malaysia, Wan Muhammad Zuhir Ghazali bagi menggambarkan perjuangan parti yang perlu mengikut peredaran masa. Menurut beliau pelajar berkenaan adalah seorang yang cemerlang dan kebiasaannya rutin harian beliau adalah masuk sekolah pada pukul 1.00 tengahari dan balik […]

» Read more

Pembaharuan UMNO Penting Untuk Kembalikan Keyakinan Rakyat – Suhaila M. Zin

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Pencadang usul Ucapan Dasar Ketua Wanita UMNO Malaysia, Suhaila M. Zin menegaskan perubahan segera perlu dilaksanakan agar UMNO terus relevan dalam politik negara. Katanya, masa depan UMNO bergantung kepada proses pembaharuan dan perubahan yang mampu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti. “Masa depan UMNO terletak kepada proses pembaharuan dan perubahan yang perlu dilaksanakan untuk mengembalikan keyakinan […]

» Read more

Gamit Semula Sokongan Rakyat… UMNO/BN Harus Guna ‘Pemikiran Tanpa Kotak’ – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Untuk menggamit semula sokongan rakyat terhadap parti, UMNO/Barisan Nasional (BN) harus menggunakan ‘pemikiran tanpa kotak’, kata Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ujar Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN, semua pemimpin dan jentera mesti berubah untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat dengan memanfaatkan media sosial. “Dalam situasi sekarang ini […]

» Read more

Lanjutkan Usia Keahlian Puteri UMNO Untuk Lebih Dinamik – Norshaidatul

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mencadangkan usul melanjutkan usia keahlian Puteri UMNO kepada 40 tahun untuk dilaksanakan dengan segera, kata Exconya Norshaidatul Akhmar Sharudin. Beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pekan berkata ini kerana lingkungan usia tersebut adalah dekat dengan keperibadian Puteri UMNO malah 30-an adalah lonjakan usia kematangan dalam menilai kehidupan namun masih […]

» Read more

Pelbagai Program Capai Sasaran, Institusi Pemuda Perlu Berpegang Nilai Tersendiri

KUALA  LUMPUR, 22 Ogos – Pelbagai program Pemuda UMNO Malaysia dilihat berjaya mencapai sasaran sekaligus memperlihatkan pergerakan itu berjalan atas landasan yang tepat sepertimana yang digariskan sebelum ini dalam usaha memartabatkan lagi perjuangan parti. Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin dalam laporan menerusi ucapan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO pagi tadi menjelaskan pelbagai program dilaksanakan di akar umbi dalam usaha menyatukan […]

» Read more

PAU 2024: Perhatian Presiden Terhadap UMNO Sabah Dihargai, Suntik Semangat Perjuangan

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Seperti kata pepatah, ‘kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan’, itulah ungkapan yang mampu diucapkan oleh UMNO Sabah atas kesungguhan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan tumpuan bagi membantu UMNO Sabah untuk berhadapan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang. Ketua UMNO Bahagian Beauforf, Datuk Awang Aslee Lakat berkata kenyataan Presiden ketika berucap […]

» Read more

Renaisans Wanita UMNO Mampu Kukuhkan Parti, Perkasakan Politik Negara

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Renaisans atau kebangkitan semula bukan sekadar perubahan kosmetik tetapi ia adalah kebangkitan semula jiwa, pembaharuan minda dan pencerahan visi, kata Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Katanya, memulakan kebangkitan semula Wanita UMNO sebagai satu gerakan yang akan menggembleng tenaga, bakat dan potensi wanita untuk membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. “Kebangkitan […]

» Read more
1 7 8 9 10 11 17