Pemuda UMNO Beri Komitmen Perkasa, Maksimumkan Potensi TVET – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan terus memberi komitmen dalam memperkasa dan memaksimumkan potensi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada golongan muda di negara ini. Ketuanya Dr Muhamad Akmal Saleh memuji Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah mengangkat TVET ke suatu aras yang lebih baik […]

» Read more

Kenaikan Gaji: Jangan Ada Kenaikan Harga Tidak Munasabah – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak mahu melihat kenaikan harga barang secara tidak munasabah berlaku susulan pelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan kerajaan baru-baru ini. Pada masa sama katanya, kerajaan mahu mengekang peningkatan inflasi. “Tentunya dalam keadaan begitu kita harus imbangkan permintaan dan penawaran dalam tenaga kerja, perkhidmatan dan […]

» Read more

Puteri UMNO Angkat Pemerkasaan Tiga Teras Utama Kembalikan Sokongan

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Puteri UMNO mengangkat pemerkasaan tiga teras utama iaitu Teras Agama, Teras Pendidikan, dan Teras Ekonomi (3T) yang menjadi akar kepada perjuangan parti bagi mengembalikan sokongan, dan dukungan orang Melayu dan bumiputera kepada UMNO. Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata UMNO perlu menjuarai dan memperkukuh 3T ini sebagai teras perjuangan. “3T ini teras kita, inilah […]

» Read more

PAU 2024: Kekuatan UMNO Bergantung Kepada Budaya Kerja Berpasukan – Mohd Rafi

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Kekuatan parti amat bergantung kepada budaya kerja berpasukan bukannya bergantung kepada individu. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata budaya berjemaah merupakan kunci segala-segalanya yang perlu diterapkan kepada anggota parti. “Kekuatan UMNO bukan kekuatan individu. Kekuatan UMNO adalah kekuatan budaya kerja berpasukan dan jika ini menjadi amalan institusi parti akan […]

» Read more

Puteri UMNO Berjaya Tambah Cawangan, Aktif Berevolusi Sesuai Zaman – Nurul Amal

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Puteri UMNO telah menunjukkan prestasi yang membanggakan sebagai bukti terus teguh bersama perjuangan parti apabila melaksanakan pertambahan cawangan baharu dalam tempoh setahun ini, kata ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi. Ujar beliau, selama 12 bulan ini ada penambahan sebanyak 378 cawangan baharu Puteri UMNO yang telah berjaya bersidang pada tahun ini dan jumlah keahlian Puteri […]

» Read more

PAU 2024: Ucapan Dasar Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad

“RENAISANS” BismillahirRahmanirRahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan. SALUTASI: Yang Berbahagia Dato’ Saripah Aminah Syed Mohamad, Pengerusi Tetap Wanita UMNO Malaysia; Yang Berhormat Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Naib Presiden UMNO Malaysia; Yang Berbahagia Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Setiausaha Agung UMNO Malaysia; Yang Berbahagia Dato’ Dr. Azizah Johor, Timbalan Pengerusi Tetap Wanita UMNO Malaysia; Yang Berbahagia […]

» Read more

Pemuda UMNO Tubuh Jawatankuasa Pemantauan Prestasi Wakil Rakyat Kalangan Mereka

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Prestasi Wakil Rakyat dalam kalangan mereka yang mewakili sayap parti itu, ujar Ketuanya Dr Muhamad Akmal Saleh. Katanya, penubuhan jawatankuasa tersebut adalah untuk membuktikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia komited mahu melahirkan wakil rakyat ‘Yang Berkhidmat’ dengan ikhlas dan bukan sekadar gelaran ‘Yang Berhormat’. “Tugas jawatankuasa ini adalah […]

» Read more

Teruskan Solidariti, Puteri UMNO Lancar Tabung Sumbangan Kemanusiaan Untuk Palestin 2.0

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Pergerakan Puteri UMNO terus bersolidariti dan menyokong perjuangan rakyat Palestin dengan melancarkan Tabung Sumbangan Kemanusiaan untuk Palestin 2.0 hari ini. Simbolik kepada itu ia juga menyaksikan pemberian mafla oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi kepada Duta Besar Palestin ke Malaysia, […]

» Read more

PAU 2024: Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh

Bismillahirrahmanirrahim, KITA MASIH DI SINI Kita masih di sini, walau dihentam badai, Walau ditikam, diinjak dan ditombak, Kita berdiri di bawah langit biru, tidak meminta dipuja-puja, Kita berjuang demi UMNO, tidak menginginkan harta benda, Kita korbankan jiwa dan raga, demi tanah air tercinta. Kita masih di sini, walau ranjau berduri, Menerang yang gelap gelita, penuh dengan makna, Kita masih disini, […]

» Read more

PAU2024: Ucapan Dasar Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi

IDENTITI PARTI: BAYANGKARA AGAMA, BANGSA DAN NUSA Ini zaman kita, Kita depani cabaran berbeza, Kita corak langkah bersama, Kita mara dan terus usaha, Kita korban jiwa dan raga, Kita bangkit dan memperkasa, Kita, PUTERI UMNO MALAYSIA. ASSALAMUALAIKUM W.B.T YBhg. Saudari Farehah Wasli – Pengerusi Tetap Pergerakan Puteri UMNO Malaysia YBhg. Saudari Zulikha Abdul Talib – Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan Puteri […]

» Read more
1 8 9 10 11 12 17