Program Wanita dan Isu Semasa (WISE) – Penerangan Tentang ICERD

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Program Wanita dan Isu Semasa (WISE) mengetengahkan panel melibatkan Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Pengarah Institut Kajian Raja, Kepimpinan dan Komuniti Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Datuk Dr Ramlah Adam bersama dengan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Mohd Yazid Zul Kepli dengan moderatornya Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang memberi penerangan tentang ICERD […]

» Baca lanjut

Mantapkan Barisan

Kota Kinabalu, 30 November — Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan bergambar bersama Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua-ketua Puteri Bahagian ketika perjumpaan bersama ketua-ketua Puteri UMNO Bahagian peringkat Negeri Sabah di sini hari ini.

» Baca lanjut

Bantah ICERD

Raub, 30 November– Ketua Pemuda UMNO Raub, Fazli Mohamad Kamal menyampaikan ucapan pada himpunan bantah ICERD oleh Pemuda UMNO dan Pemuda Pas serta ngo kawasan Raub di perkarangan masjid Tengku Abu Bakar selepas solat Jumaat petang tadi.

» Baca lanjut

Bersama Mahasiswa Nasional

Kuala Lumpur, 30 November–Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan bertukar-tukar pendapat dan pandangan pada program Kopi Kopi bersama mahasiswa dan mahasiswi daripada Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) di Restoran Ar-Raziq malam tadi.

» Baca lanjut

Diskusi Dari Parlimen

Kuala Lumpur, 30 November–Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin menjadi ahli panel ketika membincangkan isu ‘Rakyat Di Luar Bandar Dipinggirkan’ dalam Diskusi Dari Parlimen di Auditorium UMNO, Menara Dato’ Onn PWTC malam tadi. Turut bersama moderator diskusi, Nik Suryani Megat Deraman. – Foto : MediaUMNO

» Baca lanjut

Mencuit Hati

Kuala Lumpur, 29 November–Ahli Parlimen Bera yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional ketika keluar dari Dewan Rakyat semasa sidang parlimen berhenti rehat di Bangunan Parlimen di sini tengahari ini. – Foto : MediaUMNO

» Baca lanjut

Tetap Menjadi Rujukan

Kuala Lumpur, 29 November–Ahli Parlimen Ketereh yang juga Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memberikan pendapat dan pandangan berhubung PTPTN ketika beramah mesra bersama Alumni Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Bangunan Parlimen di sini tengahari ini. – Foto : MediaUMNO

» Baca lanjut

Diskusi UMNO 3.0

Kuala Lumpur, 29 November–Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menjadi ahli panel ketika membincangkan isu ‘ICERD : Kita Perlu Menolaknya’ dalam Diskusi UMNO 3.0 di Auditorium UMNO, Menara Dato’ Onn PWTC malam tadi. Turut bersama moderator diskusi, Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid. – Foto : MediaUMNO

» Baca lanjut
1 1,683 1,684 1,685 1,686 1,687 1,800