Sumbangan Bantuan Covid-19

PEKAN, 24 Mac–Orang ramai mula menerima sumbangan bantuan Covid-19 dari Menteri Besar Pahang, Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bagi Parlimen Pekan yang mula diagihkan hari ini. Sumbangan ini bertujuan meringankan beban peniaga-peniaga dan pemandu teksi yang terjejas dikala Perintah Kawalan Pergerakan sedang dilaksanakan. Foto–FB Wan Rosdy Wan Ismail

» Read more

Sampaikan Sumbangan

KUANTAN 24 Mac–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri kepada pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan di Wisma Sri Pahang. Sumbangan ini bagi menampung kos usaha menangani penularan wabak #Covid19. Foto–FB Wan Rosdy Wan Ismail

» Read more

Mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri

KUALA LUMPUR 24 Mac–Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri berkenaan COVID-19 yang masuk hari ketujuh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, kerajaan terus komited mencari inisiatif terbaik bagi membendung penularan wabak #COVID19 di sini hari ini. Foto–FB Ismail Sabri Yaakob

» Read more

Menyampaikan Sumbangan

MELAKA 23 Mac–Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyampaikan sumbangan makanan kering kepada Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kassim Karim di sini hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali. Foto–FB Ab Rauf Yusoh

» Read more

Serah Sumbangan

KUALA LUMPUR 23 Mac–Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan bungkusan makanan serta minuman kepada Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM untuk diagihkan kepada anggota-anggota ATM yang terlibat dalam tugas bantuan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wisma Pertahanan. Sumbangan ini adalah daripada beberapa syarikat korporat kepada pihak Kementerian Pertahanan sebagai […]

» Read more

Sumbangan Khas

JOHOR BAHRU 22 Mac–Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad menyampaikan sumbangan berupa topeng muka yang diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam sebagai penyelaras mewakili agensi yang berkaitan demi keselamatan mereka dalam menangani penularan wabak COVID-19 di sini hari ini. Foto–FB Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad

» Read more
1 1,385 1,386 1,387 1,388 1,389 1,853