Mesyuarat Kerjasama Strategik KKM-MOSTI-KKMM

PUTRAJAYA 25 Mac–Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah mempengerusikan bersama Mesyuarat Kerjasama Strategik KKM-MOSTI-KKMM bagi mengawal penularan #COVIDー19 di sini hari ini. Foto–Twitter Dr Adham Baba

» Read more

Menyampaikan Bantuan

PARIT SULONG 25 Mac–Ketua Wanita UMNO merangkap Menteri Pengajian Tinggi berkesempatan untuk bersama petugas-petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Sulong memberi bantuan kepada yang memerlukan di sini hari ini. Foto–FB Dato’ Dr. Noraini Ahmad

» Read more

Sumbangan Bantuan Covid-19

PEKAN, 24 Mac–Orang ramai mula menerima sumbangan bantuan Covid-19 dari Menteri Besar Pahang, Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bagi Parlimen Pekan yang mula diagihkan hari ini. Sumbangan ini bertujuan meringankan beban peniaga-peniaga dan pemandu teksi yang terjejas dikala Perintah Kawalan Pergerakan sedang dilaksanakan. Foto–FB Wan Rosdy Wan Ismail

» Read more

Sampaikan Sumbangan

KUANTAN 24 Mac–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri kepada pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan di Wisma Sri Pahang. Sumbangan ini bagi menampung kos usaha menangani penularan wabak #Covid19. Foto–FB Wan Rosdy Wan Ismail

» Read more

Mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri

KUALA LUMPUR 24 Mac–Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri berkenaan COVID-19 yang masuk hari ketujuh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, kerajaan terus komited mencari inisiatif terbaik bagi membendung penularan wabak #COVID19 di sini hari ini. Foto–FB Ismail Sabri Yaakob

» Read more
1 1,383 1,384 1,385 1,386 1,387 1,852