Sampaikan Sumbangan

PERMATANG PAUH 12 April – Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said menyampaikan sumbangan berupa sayur-sayuran kepada penduduk setempat dalam membantu golongan yang terjejas pendapatan dan kurang berkemampuan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini. Foto – FB Mohd Zaidi Mohd Said.

» Baca lanjut

Tinjau Proses Sekatan Jalan Raya

TEMERLOH 12 April — Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ketua UMNO Bahagaian Kuala Krau Datuk Seri Ismail Mohammed Said bertanyakan sesuatu kepada pemandu kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Pantai Timur ketika singgah bertemu mata bersama petugas sekatan jalan raya di Tol Temerloh hari ini. Foto – FB DS Ismail Mohammed Said

» Baca lanjut

Bantuan Prihatin

PANDAN 12 April — Ketua Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan menyampaikan sumbangan barangan makanan asas kepada penduduk tempatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini. Foto – FB Zahida Zarik Khan

» Baca lanjut

Penyerahan Bantuan Makanan Asas

REMBAU 11 April–Penyerahan Bantuan Makanan Asas di sekitar DUN Rantau hari ni. Terima kasih Pejabat Daerah dan Tanah Rembau, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu gerak kerja penyerahan oleh wakil Pusat Khidmat Parlimen Rembau dan Pusat Khidmat ADUN Rantau. Foto–FB Khairy Jamaluddin

» Baca lanjut

Mendengar Taklimat

KUALA LUMPUR 11 April–Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendengar taklimat daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur semasa mengadakan lawatan di sini hari ini. APM antara ‘frontliners’ yang membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam penguatkuasaan memutuskan rantaian COVID-19. Foto–FB Ismail Sabri Yaakob

» Baca lanjut

Berkenan Mengurniakan 42 Ventilator

JOHOR BAHARU 11 April–Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang berkenan mengurniakan 42 ventilator kepada Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Aman Rabu bagi kegunaan hospital-hospital di Negeri Johor menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ). Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Azmi Rohani.

» Baca lanjut
1 1,339 1,340 1,341 1,342 1,343 1,819