Selamat Bertugas

PUTRAJAYA, 9 Julai — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas di Perdana Putra hari ini. Beliau juga kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan selepas dilantik memegang jawatan itu pada Rabu lalu. Turut sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (kiri).

» Read more

Mohon Keberkatan

KUALA LUMPUR 8 hb Julai –Ahli Majlis Kerja Tertinggi merangkap Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaminkan  doa bagi memulakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dilaksanakan secara maya berikutan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.- MediaUMNO

» Read more

UMNO Tarik Balik Sokongan Serta Merta

KUALA LUMPUR 8 hb Julai — Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan media sebaik selesai mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini dan memutuskan untuk menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuatkuasa serta merta.- MediaUMNO

» Read more

Tanda Penghargaan

JELEBU 7 hb Julai– Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias bersama kepimpinan UMNO Jelebu menyampaikan sedikit bantuan berupa set PPE, set ‘hand sanitizer’ dan 145 Bakul Makanan untuk keluarga petugas penjara di SJR PKPD Penjara Jelebu Kuala Klawang hari ini sebagai tanda penghargaaan kepada para anggota keselamatan yang bertugas di barisan paling hadapan […]

» Read more

Insentif Kepada Pelajar Cemerlang

KUANTAN, 7 JULAI 2021: Kerajaan Negeri hari ini menyampaikan sumbangan insentif sebanyak RM1,000 kepada 54 orang pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020. Sumbangan berkenaan disampaikan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail kepada Pengarah Pelajaran Negeri Pahang, Tuan Mohammad Rosli Abdul Rahman berikutan kawasan ini berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan […]

» Read more
1 1,096 1,097 1,098 1,099 1,100 1,863