Perbicaraan Kes Ahmad Zahid: Lihat Keseluruhan Kenyataan Saksi – Hamidi

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Peguambela Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Hamidi Mohd Noh berkata pada sesi perbicaraan pagi tadi saksi pendakwa ke-98 pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Christ Sheldon telah memasukkan suatu percakapan Wong Sang Woo iaitu salah seorang penderma RM10 juta kepada Yayasan Akal Budi.

Ulasnya, Wong Sang Woo ini tidak dapat hadir ke mahkamah kerana beliau adalah seorang warga asing dan beliau amat berbangga dapat memberi sumbangan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jelasnya, dalam masa yang sama pemberian RM10 juta yang diberikan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah sumbangan dan bukannya berbentuk rasuah.

“Adalah penting untuk semua melihat keseluruhan keterangan tersebut bukan hanya kata bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta sumbangan sebanyak RM 10 juta, perlu dilihat juga bahawa Wong Sang Woo juga dalam keterangannya bahawa dia memberikan sumbangan RM10 juta untuk membantu orang miskin dan sebagainya dan ia malah berbangga ‘he was proud’ kerana dapat membuat sumbangan kepada satu yayasan yang diasaskan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

“Ini adalah wang sumbangan, tak ada rasuah, tak ada apa, wang sumbangan. Saya beri malah saya bangga memberinya kepada sebuah yayasan yang diasaskan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Penting untuk kita lihat keseluruhan jangan tengok satu topik, kita kena lihat keseluruhan,” katanya kepada UMNO Online di sini, hari ini.

Tambah Hamidi lagi, dalam hal ini penting untuk melihat bahawa keterangan Wong Sang Woo ini sebenarnya adalah keterangan yang favor the defence.

“Alhamdulillah kita bersyukur kerana keterangan itu seperti mana yang telah dirakamkan dan diberikan kepada SPRM telah dimasukkan sebagai keterangan di mahkamah,” katanya.

Dalam pada itu Hamidi menjelaskan pada hari Khamis 18 Mac ini adalah saksi yang ke-99 dan merupakan saksi yang terakhir dalam kes yang melibatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saksi terakhir adalah Khairudin Kilau dari SPRM. Khairudin adalah pegawai penyiasat utama bagi kes ini dan Khairudin Kilau sedang memberi keterangan iaitu maksudnya ia sedang menghabiskan keterangan-keterangannya.

“Pegawai penyiasat ini biasa, dia (adalah) pegawai penyiasat. Kalau dia kata tak ada kesalahan atau dia kata bukan rasuah bukanlah dia pegawai penyiasat. Jadi pegawai penyiasat keterangannya memang begitu, berat-berat, memang kata salah, akan tunjukkan salah dan itu memang pegawai penyiasat. The nature memang begitu,” katanya lagi.

Seterusnya jelas Hamidi lagi, keterangan pegawai penyiasat ini juga perlu disokong oleh keterangan saksi-saksi lain yang telah beri keterangan sebelum ini.

Investigating Officer (IO) tugasnya adalah untuk merumuskan tetapi…merumuskan hasil siasatan dia bukan merumuskan apa yang berlaku di mahkamah. Itu yang paling penting.

“Dan di akhir ini, sekarang yang ke-99 selepas ini mahkamah akan kata tutup kes, dan pihak pendakwaan akan kata tidak ada saksi lagi yang akan dipanggil dan tiada lagi dokumen untuk dimasukkan.

“Jadi bila ia tutup kes pendakwaan mahkamah akan beri peluang kepada pihak pendakwaan untuk masukkan hujahan dan beri peluang kepada pihak pembelaan untuk masukkan hujahan. Untuk hujah apa? Untuk hujah mengatakan bahawa kes ini secara prima facie gagal dibuktikan. Itu untuk pihak pembelaan submit,” katanya lagi.

Untuk pihak pendakwaan mereka perlu serahkan kes ini secara prima facie berjaya dibuktikan dan jika mereka berjaya pihak pembelaan perlu membela diri manakala jika pihak pembelaan berjaya maka tidak perlu untuk membela diri, terangnya.

“Ini penting untuk kita ingat bahawa di peringkat ini di peringkat akhir kes pendakwaan, mahkamah boleh melepaskan dan membebaskan tertuduh (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dalam keadaan mahkamah mendapati bahawa tidak ada kes prima facie. Itu paling penting, jika mahkamah kata ada prima facie, maka kita membela diri tak bermaksud kita bersalah,” tegasnya. – UMNO Online

 

Oleh: Amin Adnan

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit