Wujudkan Proses Pemulihan, Peluang Pekerjaan… Pastikan Ekonomi Negara, Isi Poket Rakyat Terjaga

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berkata proses pemulihan dan mewujudkan semula peluang pekerjaan melalui pelaburan-pelaburan masuk yang baharu mesti dirangka.

Katanya dalam satu hantaran di Facebook Rabu petang, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi memastikan ekonomi negara dan isi poket rakyat terjaga.

“Hari ini kita diuji pula dengan pandemik COVID-19 yang memberi kesan buruk pada ekonomi hingga mengakibatkan ramai hilang pekerjaan.

“Angka rakyat hilang pekerjaan terus meningkat. Ini bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan.

“Pelan jangka masa pendek seperti menjaga kebajikan rakyat terjejas mesti ada,” tegasnya lagi.

Ulasnya, isu peluang pekerjaan sebelum ini juga meruncing selepas kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir negara selama 22 bulan menunaikan janji mereka untuk mewujudkan satu juta peluang pekerjaan.

Semoga hari-hari mendatang lebih baik buat Malaysia negara tercinta, katanya.

Baru-baru ini, media arus perdana melaporkan kenyataan dari Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin Kadar yang berkata pengangguran di negara ini meningkat kepada 4.8 peratus atau 772.9 ribu orang pada Disember 2020. – UMNO ONLINE

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit