BESUT – UMNO Bahagian Besut menyampaikan sumbangan kepada petugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi menghargai mereka yang bertugas sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 bermula minggu lalu.
Timbalan Ketua UMNO Bahagain Besut, Dato’ Hj Muhammad Pehimi Yusof (ADUN Jerteh) dan Naib Ketua UMNO Bahagian Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (ADUN Kuala Besut) mewakili YB Haji Nawi Mohamad (ADUN Hulu Besut) menyerahkan sumbangan beupa kit makanan kepada Ketua Polis Daerah Besut Superitendan Abdul Rozak Muhammad di pekarangan Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Besut Kampung Raja hari ini.