Kita Akan Bantu Kerajaan PH Yang Masih Kekok Jadi Kerajaan – Annuar Musa

 

KUALA LUMPUR, 26 Jul – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, para pemimpin kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) masih kelihatan tidak begitu selesa bertindak sebagai kerajaan kerana masih tidak memahami dengan jelas dasar-dasar kementerian masing-masing.

Jelas beliau, kerana itulah ketika menjawab persoalan yang diutarakan dalam sidang Dewan Rakyat, mereka masih menjawab dalam bentuk pendapat peribadi daripada menjawab secara dasar dan fakta.

“Mereka masih baru sebab itu nampak mereka menjawab berdasarkan pandangan peribadi. Oleh itu, kita beri mereka masa sebab ada yang baru pertama kali menjadi Ahli Parlimen dan terus dilantik sebagai menteri.

“Kita BN akan tolong mereka untuk ‘settle down’. Kita bagilah kritikan secara positif dan jika mereka pun terus positif saya percaya mereka akan ada penambahbaikan.

“Sekarang memang kita nampak jawapan mereka ‘lack of fact’,” ujar beliau kepada media di lobi Parlimen. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.