KUALA NERUS 11 Dis–Serumpun bak serai, sesusun bak sirih. Mungkin itu yang boleh digambarkan kesepakatan dan kerjasama Wanita UMNO DUN Seberang Takir dalam menghasilkan kira-kira 800 bekas kuih ‘bingka ubi kayu’ secara bergotong-royong di rumah anak-anak yatim Tunas Harapan Darul Hilmi di Teluk Ketapang, hari ini. Juadah berkenaan diedarkan kepada masyarakat sekitar.