Misi bakul Makanan Kepada Rakyat Malaysia Di Singapura
JOHOR BAHRU 3 hb Dis – Menteri Besar Johor Datuk Ir. Haji Hasni Haji Mohamad menyempurnakan pelepasan Misi Penyerahan dan Pengagihan Bakul Makanan kepada Rakyat Malaysia di Singapura. Misi ini adalah seperti yang diumumkan dalam Belanjawan Johor 2021.Fasa pertama sebanyak 300 bakul makanan akan diagihkan dengan segera manakala selebihnya akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. – Sumber FB : Hasni Mohamad