Misi Bantuan Covid19
SUBANG, 30 Okt — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad membuat tinjauan ke Pangkalan Udara Subang, Selangor, bagi melihat persiapan terakhir misi penghantaran barang-barang keperluan kritikal bagi menangani pandemik COVID-19 ke Sabah dan Sarawak melalui pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).