Polemik ‘Pakatan Nasional’?
Sehari dua ini, agak gawat dengan polemik kononnya sebuah pakatan baharu di namakan PAKATAN NASIONAL akan dibentuk melibatkan parti pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (PPBM) dan beberapa parti lain termasuk PAS dan UMNO (Muafakat Nasional).
Hairannya dari mana datangnya nama ini? Idea siapa?
Besar kemungkinan polemik ini sebenarnya berpunca dari berlakunya beberapa “perbincangan” tertutup di kalangan UMNO khususnya menjelang mesyuarat bulanan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) esok, Jumaat 7/2/20 jam 3.00ptg
Sebenarnya memang pernah ada diskusi tapi segala “perbincangan” ini masih bersifat “brainstorms”dan dianggap di peringkat AWAL DAN SPEKULATIF,SATU PERSIAPAN MENGHADAPI KEBARANGKALIAN.
Selagi mana PAKATAN HARAPAN (PH) kekal sebagai satu “coalition” yang telah pun berjaya membentuk kerajaan berikutan mandat yang diberikan rakyat pada PRU 14 lalu,Selama itulah teori-teori PAKATAN NASIONAL ini hanyalah satu teka-teki dan polimik politik.
Segala ura-ura pembentukan kerajaan lain selain PH, tidak ada asas sama sekali KECUALI DAN HANYA APABILA “PH GAGAL UNTUK KEKAL SEBAGAI SATU GABUNGAN”5 parti politik yang bersatu (PPBM, PKR, DAP, PAN DAN WARISAN..) melainkan PERDANA MENTERI SEMEMANGNYA MEMPUNYAI RANCANGAN LAIN SETELAH MELIHAT PH GAGAL ATAU ANGGOTANYA MENIMBULKAN MUDARAT KEPADA KEPENTINGAN NASIONAL seperti yang pernah di sebut beliau satu ketika dulu, iaitu beliau tidak teragak-agak meninggalkan PH kalau ahlinya bertindak bertentangan dgn kepentingan nasional.Wallahuaklam
Sehingga saat itu, segala ura-ura, cakap-cakap dan polemik adalah pra matang.
Situasi sama ada PH kekal sebagai satu entiti yang bersatu dan memerintah,atau Sebaliknya banyak bergantung kepada PERDANA MENTERI itu sendiri. Bukannya sesuatu yang ditentukan blok pembangkang.
Ini kerana menurut Perlembagaan Persekutuan seorang PM yang telah mengangkat sumpah memegang jawatan, BERHAK MEMBENTUK KABINETNYA DAN TERUS MENTADBIR selagi beliau, pada hemat DYMM SPB YDPA, mempunyai sokongan majoriti AHLI DEWAN RAKYAT (ADR).
Dalam kes ini,saya percaya Tun Dr Mahathir masih mempunyai mandat dan sokongan yang cukup untuk meneruskan tugasnya.
Isunya mungkin berkait proses PERALIHAN KUASA yang disebut-sebut ketika ini daripada PM7 kepada bakal PM8, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).
Walaupun PH ada rancangan menggantikan Tun Dr Mahathir dengan DSAI, perkara itu sebenarnya tidak boleh dilakukan MELAINKAN TERTAKLUK KEPADA KEPERLUAN SYARAT DALAM PERLEMBAGAAN, iaitu DSAI memerlukan sokongan yang mencukupi dari ahli Dewan Rakyat.
Masalahnya sekarang, dikhuatiri DSAI TIDAK MEMPUNYAI BILANGAN YANG CUKUP untuk menggantikan Tun Dr Mahathir!
Ini secara automatik bermaksud Dr Mahathir perlu meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri.
Sekiranya PM pula kehilangan sokongan daripada PH, ia tetap kekal sebagai PM sekiranya cukup bilangan MP dari blok pembangkang menyokong beliau bersama 25 AHLI DEWAN RAKYAT (ADR) PPBM DAN BEBERAPA ORANG ADR DARI FRAKSI PKR-AA.
Agaknya Dari situlah timbulnya isu KEMUNGKINAN WUJUD SATU MUAFAKAT ATAU COALITION YANG BAHARU.
Saya fikir,hal ini hanya perlu dibincang BILA uwjud situasi sedemikian.
Sebaliknya banyak polemik sehari dua ini berlegar dalam sentimen MARAH KEPADA TUN DR MAHATHIR. Ini boleh difahami, kerana populariti TM memang menurun, mutakhir ini, namun isu sebenar BUKANLAH ISU MANA-MANA PERSONALITI.
Yang lebih penting terutama bagi UMNO dan PAS (MN) serta mungkin lain-lain parti juga ialah sejauh mana kerajaan berkemampuan mengurus tadbir negara atau mereka (Kerajaan PH) terjebak dalam dasar dan tindakan yang tidak boleh diterima oleh rakyat, khususnya peranan DAP yang ternyata banyak merosakkan kepentingan nasional dan sangat tidak disenangi rakyat.
Saya berpendapat, UMNO dan PAS atas kebersamaan MN boleh membuat ketetapan jika benar-benar ada keperluan dan BILA TIBA MASANYA NANTI. UMNO dan PAS sudahpun beberapa kali berbincang perkara ini. Bagi kita MUAFAKAT NASIONAL itu amat penting dan sangat diharapkan oleh rakyat. Walaupun Pas sudah menyatakan sokongan ADR mereka untuk Tun Dr Mahathir mengekalkan tugasnya sehingga tamat penggal, UMNO sendiri belum memuktamadkan pendiriannya SEHINGGA WUJUD KEADAAN YANG MEMERLUKAN UMNO/BN MEMBUAT KEPUTUSAN.
Yang pasti pendirian tegas UMNO ialah tidak akan menyokong atau berkerjasama dgn sesiapa sekalipun yang bersamanya ada DAP, dan apa-apa keputusan UMNO mestilah EN BLOC.
Sekiranya tiada DAP, baharulah UMNO akan mengkaji, itupun mestilah cermat, berhati-hati dan tertakluk kepada syarat dan terma tertentu. TIADA BLANK CHEQUE DARI UMNO..
Sebuah coalition yang baharu, dengan dasar yang baharu sesuai dengan aspirasi BN/MN, tidak mustahil. Ia bukan pintu belakang sebuah kerajaan sedia ada. Harus pintu depan di rumah baru.
Perkara inilah yang sememangnya masih BOLEH DAN SEDANG DIBINCANGKAN.
HANYA Presiden UMNO telah diberi mandat untuk berunding, jika ada keperluan, NAMUN HANYA MKT YANG BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN.
MKT UMNO harus menunggu laporan dan update dari Presiden terlebih dahulu, kemudian bincanglah semasak-masaknya dgn berhemat dan penuh kebijaksanaan.
UMNO sudah punya banyak pengalaman membincang dan memutuskan isu besar tanpa sebarang masalah.
CUMA, USAHLAH SEBELUM DUDUK, SUDAH BERLUNJUR..
WALAU BERDENTUM GURUH DI LANGIT, AIR DI TEMPAYAN USAH DICURAHKAN!!!
Tan Sri Annuar Musa
6/2/20