Mohamad Hasan Sambut Putera Mahkota Bahrain di SIC
SEPANG, 4 Okt – Malaysia menjadi tuan rumah Bahrain Formula 1 (F1) 2026 susulan keadaan keselamatan yang tidak menentu di rantau Teluk dan Asia Barat.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, semalam menyambut kehadiran Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, His Royal Highness (HRH) Sheikh Salman bin Hamad bin Isa Al Khalifa, di Sepang International Circuit (SIC), sempena penganjuran perlumbaan berkenaan.

SEPANG, 3 Okt — Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan, menyambut ketibaan His Royal Highness Sheikh Salman bin Hamad bin Isa Al Khalifa, Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, di Litar Antarabangsa Sepang, sempena penganjuran Perlumbaan Formula Satu Bahrain 2026 di Malaysia hari ini.
Mohamad turut meluangkan masa bertemu dan beramah mesra dengan Menteri Luar Bahrain, Dr Abdullatif bin Rashid Al Zayani, dalam kunjungan itu.
Sheikh Salman turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Malaysia atas kesudian negara ini menerima serta menganjurkan Bahrain F1 2026 bagi pihak Bahrain.
Penganjuran perlumbaan itu di Malaysia susulan keputusan Bahrain mengalihkan lokasi acara berkenaan berikutan perkembangan keselamatan yang tidak menentu di kawasan Teluk dan Asia Barat.
Pemilihan Malaysia sebagai lokasi penganjuran turut mencerminkan keyakinan Bahrain terhadap keupayaan negara ini menyediakan kemudahan serta tahap keselamatan yang diperlukan bagi menjayakan acara sukan permotoran bertaraf antarabangsa.
Kehadiran Sheikh Salman dan Dr Al Zayani di SIC pada masa sama memperlihatkan hubungan erat antara Malaysia dan Bahrain yang terus diperkukuh, khususnya menerusi kerjasama dalam bidang diplomatik dan hubungan dua hala.
Penganjuran Bahrain F1 2026 di SIC juga memberi peluang kepada Malaysia menampilkan keupayaan negara sebagai destinasi penganjuran acara sukan antarabangsa, selain memberi limpahan ekonomi kepada sektor pelancongan dan perkhidmatan tempatan. – UMNO Online
