Melawat Kilang Peluru KETECH Asia Sdn Bhd

LIPIS 28 Julai–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa mengadakan lawatan industri ke kilang peluru KETECH Asia Sdn Bhd di Kuala Lipis hari ini. KETECH Asia merupakan syarikat pengeluar peluru tempatan yang dapat memenuhi keperluan peluru negara, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import dan menjimatkan perbelanjaan negara bagi perolehan peluru.
KETECH Asia kini mengeluarkan peluru berkaliber 5.56mm dan 9mm yang memenuhi piawaian global berasaskan standard NATO.

