Keluar PKR Sertai UMNO

JELEBU 27 Julai — Setiausaha Agung UMNO Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki malam ini meneruskan Jelajah Pilihan Raya Negeri Sembilan ke Kampung Bemban, PDM Jerang, DUN Pertang bagi bertemu mata, beramah mesra dan ceramah kelompok bersama penduduk setempat. Lebih membanggakan, penduduk di sini seramai 53 orang telah keluar dari parti PKR dan menyerahkan borang keahlian UMNO sambil disaksikan oleh calon BN DUN Pertang merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias. – Foto : UMNO – Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO