Melepaskan Konvoi MAHA Pahang 2026

BERA 22 Julai–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melepaskan 25 buah kenderaan daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bagi Konvoi MAHA Pahang 2026 di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Bera sebagai simbolik permulaan jelajah promosi seluruh negeri.
Bertemakan “Agro Lestari Bina Negeri”, MAHA Pahang 2026 akan berlangsung di Dataran Raub, Dewan Jubli Perak dan Taman Tasik Raub bermula 23 hingga 26 Julai 2026.

