Majlis Kesyukuran

MASJID TANAH 6 Jun – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada wakil-wakil rakyat, pemimpin masyarakat serta penduduk kampung yang hadir ke Majlis Kenduri Kesyukuran beliau di Villa D’acqua, Masjid Tanah malam tadi.
Majlis pada malam ini khusus diadakan bagi mensyukuri nikmat ibadah Fardhu Haji beliau bersama isteri di Makkah. Dalam suasana penuh semangat kekeluargaan, pelbagai pandangan dikongsikan bersama dalam suasana penuh ukhuwah.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO