Menyampaikan Ucaptama Sempena AMCHAM 49th Annual General Meeting Luncheon

KUALALUMPUR 4 Jun–Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyampaikan ucaptama sempena AMCHAM 49th Annual General Meeting Luncheon di sini hari ini. Beliau menegaskan bahawa hubungan ekonomi Malaysia-Amerika Syarikat bukan sekadar diukur melalui imbangan perdagangan, tetapi melalui nilai sebenar yang telah dibina sejak sekian lama iaitu pelaburan, pemindahan teknologi, pembangunan bakat, pekerjaan bernilai tinggi dan pengukuhan rantaian bekalan global. Untuk memastikan kedua-dua pihak terus berjaya, syarikat-syarikat Amerika dan Malaysia perlu wujud bersama serta berkembang melalui kerjasama yang saling menguntungkan.

