Meninjau Pelaksanaan Program Biodiesel B15

PUTRAJAYA 3 Jun–Menteri Komoditi dan Perladangan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad meninjau sendiri pelaksanaan Program Biodiesel B15 yang mula berkuat kuasa pada 1 Jun lalu.
Lawatan dimulakan di Klang Valley Distribution Terminal (KVDT), Puchong, sebuah fasiliti penting dalam rantaian pengadunan dan pengedaran biodiesel negara. Melalui lawatan ini, dapat berkongsi dengan rakan-rakan media mengenai kesiapsiagaan industri sawit dan infrastruktur negara dalam menjayakan pelaksanaan Biodiesel B15.

