Mengadakan Pertemuan Bilateral

SINGAPURA 30 Mei–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan pertemuan bilateral bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Republik Czech TYT Jaromir Zůna sempena Shangri-La Dialogue 2026 di sini hari ini.
Perbincangan tertumpu kepada usaha memperkukuh kerjasama industri pertahanan antara dua negara, termasuk peluang usaha sama, pemindahan teknologi, pembangunan kapasiti serta penglibatan industri tempatan dalam rantaian bekalan pertahanan.

