Kunjungan Hormat Daripada Duta Besar Brazil Ke Malaysia

KUALA LUMPUR 4 Mei–Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Brazil ke Malaysia TYT Daniella Ortega de Paiva Menezes di sini hari ini. Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara dalam memperkukuh hubungan ekonomi, khususnya memperluas jaringan kerjasama dengan rakan strategik di rantau Amerika Latin.

