Kunjung Hormat Daripada Kerajaan Negeri Serawak

KUANTAN 29 April–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerima kunjung hormat daripada Kerajaan Negeri Serawak yang diketuai oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS), KotaSAS hari ini.
Turut hadir Datuk Seri Haji Mohd Naroden Majais, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak Datuk Lester Matthew serta pegawai.
