Kembali Ke Rumah Bangsa

KUALA LUMPUR 29 April–Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan menerima permohonan daripada bekas Setiausaha Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Kamarudin Mohd Kasim, untuk kembali menjadi ahli UMNO dan permohonan beliau telah diterima secara rasmi dalam pertemuan yang berlangsung hari ini.
