Merasmikan Program Gema Citra Pahang 1st Parlimen Temerloh

TEMERLOH 25 April–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan Program Gema Citra Pahang 1st Parlimen Temerloh yang berlangsung dengan penuh meriah di Dataran Temerloh hari ini.
Program ini bukan sekadar persembahan seni, bahkan merupakan satu usaha Kerajaan Negeri dalam mengangkat martabat budaya, seni dan warisan Pahang sebagai teras jati diri rakyat.

