Merasmikan Karnival Mega Sukan Sekolah

REMBAU 25 April–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Ahli Parlimen Rembau semasa hadir di DUN Kota bagi merasmikan Karnival Mega Sukan Sekolah yang berlangsung di padang Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim hari ini.
Karnival ini menyaksikan penglibatan lima buah sekolah yang menyertai dengan penuh semangat iaitu SK Bongek, SJKC Pei Teck, SK Tun Haji Abdul Malek, SK Kampong Tanjong dan SK Chengkau.


