Menyantuni Bakal Jemaah Haji 2026 & Majlis Inspirasi Cemerlang SPM 2025 Peringkat Parlimen Kota Tinggi

KOTA TINGGI 25 April–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkesempatan menyantuni seramai 35 bakal jemaah haji serta meraikan 39 pelajar cemerlang SPM 2025 dari DUN Sedili dalam Majlis Menyantuni Bakal Jemaah Haji 2026 & Majlis Inspirasi Cemerlang SPM 2025 Peringkat Parlimen Kota Tinggi yang berlangsung di Dewan Terbuka SMK Bandar Easter hari ini.
Setiap bakal jemaah haji menerima sumbangan sebagai tanda sokongan dan doa agar dipermudahkan urusan mereka menunaikan ibadah.

