Kunjungan Hormat Pengerusi DEİK Türkiye-Malaysia Business Council

KUALA LUMPUR 23 April– Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghan menerima kunjungan hormat daripada Dr. Mehmet Demiroğlu, Pengerusi DEİK Türkiye-Malaysia Business Council (TMBC), bersama delegasi Foreign Economic Relations Board of Türkiye (DEİK). Perbincangan yang diadakan mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Türkiye untuk memperkukuh hubungan ekonomi dua hala yang strategik dan berorientasikan jangka masa depan, termasuk dalam sektor bernilai tinggi seperti pertahanan dan aeroangkasa, semikonduktor, ekonomi digital, tenaga boleh baharu, industri halal serta perdagangan dan pelaburan.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO