Meraikan Seramai 500 Orang Bakal Jemaah Haji Rombongan Kerajaan Johor

JOHOR BAHRU 23 April–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi meraikan seramai 500 orang bakal jemaah Haji Rombongan Kerajaan Johor (RKJ) sebelum mereka berangkat menunaikan ibadah Haji melalui beberapa siri penerbangan bermula 7 hingga 9 Mei 2026 di Dewan Kenanga, MBJB.
Tahun ini, seramai 3,866 jemaah dari Negeri Johor akan menunaikan ibadah Haji daripada keseluruhan 31,600 Jemaah Haji Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 500 jemaah adalah di bawah Rombongan Kerajaan Johor (RKJ), termasuk pegawai tadbir negeri serta pembimbing haji yang akan mengiringi dan memastikan kebajikan jemaah terpelihara sepanjang berada di Tanah Suci.

