Kunjungan Hormat Daripada Menteri Hubungan Antarabangsa Dan Perdagangan Republik Namibia

KUALA LUMPUR 20 April– Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani menerima kunjungan hormat daripada Menteri Hubungan Antarabangsa dan Perdagangan Republik Namibia PYT Selma Ashipala-Musavyi di sini hari ini. Pertemuan ini menzahirkan komitmen bersama untuk memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka kerjasama ekonomi yang lebih dinamik dan berimpak tinggi.
Perbincangan tertumpu kepada peluasan perdagangan dalam sektor bernilai tambah tinggi, termasuk pemprosesan mineral dan pertanian, di samping potensi memperkukuh industri halal serta akses ke pasaran global melalui platform seperti MIHAS. Saya yakin Afrika, termasuk Namibia, akan terus menjadi pemacu penting pertumbuhan ekonomi global.

KUALA LUMPUR 22 April–

