Kunjung Hormat Majlis Mahasiswa Anak Pahang Universiti Teknologi Melaka

KUANTAN 13 April–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerima kunjung hormat daripada Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) Universiti Teknologi Melaka (UTeM) di Wisma Sri Pahang hari ini.
Bertuah rasanya dapat mendengar sendiri cadangan, pandangan serta aspirasi generasi muda yang penuh dengan idea segar dan semangat untuk membina masa depan negeri dan negara.

