Meraikan Anak-Anak Jeram Padang Yang Cemerlang Dalam Peperiksaan SPM 2025

JEMPOL, 10 April–Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menyempurnakan majlis meraikan anak-anak Jeram Padang yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2025, melibatkan pelajar yang memperoleh keputusan 5A dan ke atas di sini hari ini.
Sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kejayaan mereka sumbangan ihsan sebanyak RM200.00 kepada setiap pelajar. Seramai 35 orang pelajar telah menerima sumbangan ini, melibatkan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM7,000.00

