Mesyuarat AJK UMNO Bahagian Masjid Tanah

MASJID TANAH 7 April–Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah mempengerusikan
Mesyuarat AJK UMNO Bahagian Masjid Tanah di Villa D’Acqua hari ini.
Kehadiran seluruh kepimpinan UMNO Bahagian Masjid Tanah, YB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; YB Datuk Hameed Basheer; YB Datuk Zulkiflee Mohd Zin; serta YB Datuk Rosli Abdullah; selain sayap Ketua Pemuda, Datuk Haji Abdul Hakim Abdul Wahid; Ketua Wanita, Puan Siti Kalthom Haji Ahmad, dan Ketua Puteri, Puan Amirah Yusof mencerminkan semangat kesatuan yang kukuh, berpaksikan perjuangan parti yang tidak pernah luntur.

