Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Negeri Jelai

LIPIS 5 April – Menteri Besar Pahang merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Negeri Jelai yang berlangsung di Dewan Terbuka Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan, Lipis semalam dan menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kira-kira 10,000 tetamu yang hadir memeriahkan majlis ini.

