Memperkukuh Landskap Ekonomi Negeri Melaka

AYER KEROH 3 April – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mewakili Kerajaan Negeri Melaka hari ini mengadakan tiga sesi perbincangan strategik bersama pelabur berpotensi bagi meneroka cadangan pembangunan yang mampu memperkukuh landskap ekonomi negeri. Pertemuan pertama melibatkan KBI Properties Sdn. Bhd. yang membentangkan cadangan pembangunan bercampur di Mukim Bukit Baru, diikuti perbincangan bersama Petroleum World Terminal Centre Sdn. Bhd, sebelum perbincangan bersama ZYQ Homes Sdn. Bhd.

