
KUANTAN 10 Mac–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan YP Smart Store 24 Hours di sini hari ini. Smart Store yang terletak di perkarangan Yayasan Pahang ini menggunakan konsep tanpa pekerja dan tanpa tunai, selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
