Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri

IPOH 5 Mac–Menteri Besar Perak Datuk Seri Saraani Mohamad mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg).
Mesyuarat ini penting untuk kita meneliti perkembangan pelaksanaan projek serta memastikan setiap perancangan pembangunan negeri berjalan mengikut jadual supaya dapat beri manfaat kepada rakyat.

