Menghadiri Sesi Libat Urus

KUALA LUMPUR 4 Mac–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa menghadiri sesi libat urus bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berhubung pelaksanaan Akta Anti Buli 2026 yang turut melibatkan Maktab Tentera Diraja (MTD).
Akta ini penting bagi memastikan MTD kekal sebagai institusi pendidikan yang selamat, berdisiplin, berkualiti dan bebas daripada sebarang bentuk buli.


