Kunjungan Hormat Duta Besar Jepun ke Malaysia

KUALA LUMPUR 26 Feb–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat Duta Besar Jepun ke Malaysia TYT Shikata Noriyuki. Turut hadir Atase Pertahanan Jepun ke Malaysia yang baharu, Kolonel Iwao Yasuhiro.
Dalam konteks pertahanan, Jepun merupakan antara rakan strategik utama Malaysia di rantau Indo-Pasifik dalam memperkukuh kestabilan serantau serta keselamatan maritim. Sebagai anggota ADMM-Plus, Jepun terus memainkan peranan penting dalam mempromosikan keamanan dan keyakinan bersama di peringkat serantau.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO